Fungsi utama takaful ada utk perlindungan kewangan. Dalam kewangan, fungsi ini hanya ada pada produk takaful (insurans) sahaja yg tidak ada pada produk kewangan lain seperti akuan bank, unit trust, emas, saham, dan lain-lain.
Jadi, apabila kita melanggan polisi takaful, pastikan cukupkan PERLINDUNGAN utk MUSIBAH BESAR dalam kehidupan, iaitu;
1. MATI
2. LUMPUH
3. SAKIT KRITIKAL
Dan selalunya sebelum berlaku ketiga-tiga MUSIBAH BESAR di atas, lazimnya akan dimasukkan ke hospital terlebih dahulu.
Justeru, perlunya MEDICAL CARD.
Selepas kesemuanya cukup, jika ada duit lebih bolehlah ambil produk takaful utk perkara-perkara lain seperti;
– Takaful utk menunaikan
– Takaful utk persaraan
– Takaful pendidikan
– Takaful utk dapat duit setiap 3-4 tahun
– Takaful utk bersalin
– Takaful utk elaun hospital
Ia tentang keutamaan dlm kewangan. Dahulukan yg utama kemudian baru kepada perkara sampingan atau aksesori.
Sama seperti kita beli kereta, baru beli aksesori. Bukan beli aksesori tapi kereta tak ada.
Atau kita beli rumah, kemudian baru perabot. Bukan beli perabot, tapi rumah tak ada.
Atau seperti kita beli pakaian, apabila sudah ada baju dan seluar barulah kita beli aksesori lain
Atau beli lauk, tapi tak beli nasi.
Credit to: Afyan Mad Rawi